Perancangan Mingguan (Minggu ke-5)
Matlamat : Segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.
| Perkara | Strategi | Realiti | Refleksi |
| Isnin, 17 Januari 2011, 8.00 PM -11.00 PM : Mesyuarat MEDiK (Malam Eksekutif Dinner Kajai). | Membincangkan perkara-perkara awal yang perlu dilakukan untuk bersiap sedia mengadakan MEDiK. Memilih eksekutif-eksekutif untuk MEDiK. | Saya telah memberi cadangan untuk mengadakan malam Arabian Night. Cadangan saya dan yang lain akan dipertimbangkan lagi. Saya terpilih menjadi Ketua Eksekutif Penerbitan bagi MEDiK. | Saya kini memikul tanggungjawab untuk menyiapkan majalah MEDiK. Saya perlu menyediakan persiapan awal agar tidak kelam-kabut apabila MEDiK diadakan kelak. |
| Selasa, 18 Januari 2011, 8.30 PM -10.00 PM : Mengulangkaji semula nota-nota dari kuliah Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Syariah. | Merujuk semula peta minda yang telah saya buat ketika kelas untuk mengulangkaji subjek-subjek tersebut. | Saya berjaya mengulangkaji subjek-subjek tersebut malah sempat menyiapkan soalan tutorial untuk minggu seterusnya. | Peta minda amat membantu. Saya dapat mengimbas kembali apa yang dipelajari dan ini membuatkan saya dapat menghafal pelajaran dengan lebih mudah. |
| Rabu, 19 Januari 2011, 7.00 AM - 10.00 AM : Bersenam sambil bersiar-siar di serata Bangi. | Menaiki basikal fixie dan bersiar-siar di serata Bangi bersama rakan-rakan. | Saya tidak sedar yang tayar basikal saya sudah pancit. Akhirnya, saya hanya berjoging di stadium UKM pada pagi itu. Berbasikal serata Bangi terpaksa saya batalkan. | Semakan awal adalah perlu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku lagi. |
| Ahad, 23 Januari 2011, 11.00 AM – 8.00 PM : Bersiar-siar di Kuala Lumpur. | Menaiki kereta rakan dan bersama-sama ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah dan menonton wayang. | Saya telah pergi ke Mid Valley Megamall, Bangsar. Saya dan rakan dapat bejimat dengan menaiki satu kereta sahaja. | Car-pooling haruslah diamalkan kerana bukan sahaja ia menjimatkan malah mengurangkan pencemaran udara serta merapatkan silaturrahim antara rakan-rakan. |
Rumusan : Pelbagai cara dapat dilakukan supaya hidup lebih ceria dan mudah. Persiapan awal adalah perlu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Perancangan Mingguan (Minggu ke-6)
Matlamat : Menyiapkan diri untuk ujian yang akan diadakan pada minggu ini.
| Perkara | Strategi | Realiti | Refleksi |
| Isnin, 24 Januari 2011, 8.00 PM -11.00 PM : Mesyuarat MEDiK (Malam Eksekutif Dinner Kajai). | Mendapatkan kuputusan akhir untuk tema MEDiK. | Tema MEDiK tidak dapat ditentukan lagi. Terdapat pihak yang mahukan Malam Rockstar tetapi ada juga yang mahukan Malam Masquerade. Keputusan tentang tema terpaksa dibawa ke minggu hadapan. | Kita perlu mengambil kira pendapat dan pandangan setiap ahli agar tiada perasaan marah timbul yang akan menyuramkan majlis yang akan diadakan. |
| Selasa, 25 Januari 2011, 9.00 PM – 12.00 AM : Persiapan untuk ujian Undang-Undang Kontrak. | Membuat peta minda semula untuk subjek yang akan masuk dalam ujian Undang-Undang Kontrak serta merujuk semula segala soalan tutorial yang telah dibuat. | Terlalu banyak kes-kes yang perlu dihafal. Soalan tutorial amat membantu untuk meringkaskan pembelajaran yang telah dilakukan. | Soalan-soalan tutorial yang diberi pensyarah adalah amat penting untuk disiapkan kerana ianya membantu dalam ujian yang akan diadakan. |
| Rabu, 26 Januari 2011, 7.00 AM – 12.00 PM : Persiapan untuk ujian Undang-Undang Kontrak. | Menghafal kes-kes yang berkenaan. | Peta minda yang saya sediakan membantu saya menghafal kes-kes. Gambar-gambar illustrasi boleh diletakkan untuk memudahkan lagi hafalan. | Peta minda adalah amat membantu untuk kita mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir sebelum menghadapi ujian. |
| Khamis, 27 Januari 2011, 1.00 PM – 4.00 PM : Pulang ke rumah di Damansara Damai, Petaling Jaya. | Sesudah kelas tutorial tamat pada pukul 1.00 PM, terus pulang ke rumah di Damansara Damai dengan menaiki komuter KTM dan tiba di rumah pada pukul 3.00 PM. | Walaupun saya telah berjaya menaiki komuter pada pukul 1.15 PM, saya telah tiba lewat ke rumah kerana sistem komuter yang tergendala di tengah jalan. | Apabila menggunakan pengangkutan awam, seharusnya merancang untuk melebihkan masa atau bergerak lebih awal untuk memastikan tidak terlajak dari waktu yang dijadualkan. |
Rumusan : Perkara yang dirancang tidak semestinya akan berjalan dengan lancar, oleh itu persiapan awal yang mantap adalah amat diperlukan. Kita hendaklah bersedia dan menyusun strategi dengan lebih awal.
Perancangan Mingguan (Cuti Tahun Baru Cina/Cuti Pertenganhan Semester)
Matlamat : Melaksana segala aktiviti-aktiviti yang tergendala kerana kekurangan masa dan menziarahi kampung halaman saya.
| Perkara | Strategi | Realiti | Refleksi |
| Isnin, 31 Januari 2011, 9.00 AM – 7.00 PM : Bertolak pulang ke kampung halaman saya di Kuala Kangsar, Perak. | Mengumpulkan semua rakan-rakan yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Malaysia untuk bersama-sama pulang ke kampung halaman. | ‘Konvoi’ pulang ke kampung halaman Berjaya. Saya telah tiba di Kuala Kangsar lebih awal kerana kami telah menggunakan GPS dan berjaya mengelakkan kesesakan lalu-lintas. | Teknologi jika digunakan dengan betul dapat memudahkan hidup kita serta menjimatkan penggunaan waktu. |
| Selasa, 1 Februari 2011, 7.00 AM – 10.00 AM : Menolong nenek melakukan kerja-kerja di kampung. | Menolong kerja-kerja di kampung untuk memudahkan nenek saya serta berbual dengannya. | Kerja-kerja berjaya disiapkan. Saya telah berjaya menebang pokok yang menjadi sarang kerengga di rumah nenek saya. Saya dapat berbual-bual panjang dengan nenek saya. | Kita seharusnya selalu pulang ke kampung untuk mengambil hati orang tua kita. Kita hendaklah menggembirakan hati mereka semampu yang boleh. |
| Rabu, 2 Februari 2011, 7.00 AM – 7.00 PM : Berbasikal dari Kuala Kangsar ke Ipoh bersama rakan-rakan. | Mengumpul rakan-rakan yang mahu menyertai ‘konvoi’ berbasikal fixie dari Kuala Kangsar ke Ipoh. | ‘Konvoi’ berjaya. Ramai rakan-rakan menyertai konvoi ini kerana mereka juga sedang cuti. Berbasikal dari Kuala Kangsar ke Ipoh lalu ke Kuala Kangsar adalah amat memenatkan tetapi adalah amat berbaloi sekali. | Bersukan bukan sahaja menyihatkan badan malah amat menyeronokkan sekali dan bersukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. |
| Khamis, 3 Februari 2011, 7.00 AM – 12.00 PM : Bergotong-royong untuk kenduri perkahwinan rakan. | Bergotong-royong menolong menjayakan kenduri perkahwinan rakan saya. | Kenduri berjaya dan selamat diadakan. Hampir semua rakan-rakan saya di kampung hadir menolong menjayakan kenduri perkahwinan rakan kami. | Sikap gotong-royong serta bantu-membantu hendaklah diterapkan dalam jiwa kita kerana ianya nilai pekerti yang amat mulia. |
| Sabtu, 4 Februari 2011, 2.00 PM – 6.00 PM : Pulang dari kampung di Kuala Kangsar, Perak dan pulang ke rumah di Damansara Damai, Petaling Jaya. | Bergerak pulang ke rumah di Damansara Damai selepas makan tengahari di kampung. | Lebuhraya mengalami kesesakan yang agak teruk kerana berlakunya kemalangan di beberapa tempat seperti di Simpang Pulai dan Tapah. Saya tiba agak lewat di rumah. | Apabila merancang perjalanan yang dilakukan pada hujung musim cuti, kesesakan hendaklah diambil kira dalam pengiraan waktu untuk mengelakkan kelewatan jadual berlaku. |
Rumusan : Masa terluang hendaklah diisikan dengan sebaik-baiknya seperti bersukan dan mengeratkan silaturrahim untuk menjadikan hidup kita lebih bernilai.
Perancangan Mingguan (Minggu ke-7)
Matlamat : Menyiapkan semua projek yang dipertanggungjawabkan kepada saya serta menyediakan diri untuk ujian PBL (Problem Based Learning).
| Perkara | Strategi | Realiti | Refleksi |
| Isnin, 7 Februari 2011, 8.00 PM – 11.00 PM : Mesyuarat Persatuan ASPIRASI, Kolej Rahim Kajai, UKM. | Membincangkan agenda untuk pilihan raya kampus yang akan diadakan tidak lama lagi. | Perbincangan berjalan dengan lancar dan saya telah terpilih untuk menyertai kursus bakal calon MPP. | Setiap strategi hendaklah disusun dengan teliti agar tiada masalah timbul di kemudian hari. |
| Selasa, 8 Februari 2011, 8.00 PM – 11.00 PM : Mesyuarat MEDiK (Malam Eksekutif Dinner Kajai). | Perbincangan untuk majalah MEDiK bagi mendapat kata putus setiap ahli eksekutif. | Tema MEDiK telah pun dipilih iaitu Rockstar VS Masquerade. Muka surat depan majalah MEDiK juga telah dipersetujui semua. | Persetujuan semua akan menceriakan kerja yang kita lakukan kerana tiada perasaan dendam atau marah sesama ahli dalam pasukan. |
| Rabu, 9 Februari 2011, 9.00 PM – 12.00 AM : Perbincangan PBL (Problem Based Learning) Undang-Undang Kontrak. | Menyediakan persiapan terakhir untuk PBL Undang-Undang Kontrak yang akan dijalankan. | Perjumpaan dengan ahli kumpulan berjalan dengan lancar. Kami membahagi-bahagikan tugas yang akan kami jalankan pada hari tersebut. | Persediaan awal akan membantu memantapkan lagi diri kita sebelum menghadapi ujian yang kita lalui. |
| Jumaat, 11 Februari 2011, 2.30 PM – 3.30 PM : Pendaftaran Kursus Bakal Calon Wakil Pelajar UKM di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. | Mendaftarkan diri untuk menyertai kursus tersebut tepat pada masanya. | Walaupun saya sdikit kelam-kabut pada pagi kerana PBL Undang-Undang Kontrak padi paginya serta Solat Jumaat pada hari itu, saya tiba tepat pada masanya untuk mendaftar ke kursus terseut. | Persediaan awal adalah amat penting jika jadual waktu seharian kita adalah amat ketat. |
Rumusan : Penat lelah dalam melakukan sesuatu kerja bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan kerja yang seterusnya. Professionalisme hendaklah ditanam dalam diri kita.
Perancangan Mingguan (Minggu ke-8)
Matlamat : Bersiap sedia untuk setiap projek yang akan dijalankan tidak lama lagi.
| Perkara | Strategi | Realiti | Refleksi |
| Isnin, 14 Februari 2011, 8.00 PM – 11.00 PM : Mesyuarat MEDiK (Malam Eksekutif Dinner Kajai). | Memberi contoh akhir majalah MEDiK kepada setiap ahli eksekutif MEDiK sebelum dihantar ke kedai untuk dicetak. | Setelah mereka melihat contoh akhir majalah MEDiK, mereka berpuas hati dan saya akan menghantarnya untuk dicetak. | Apabila kerja dilakukan bersama-sama, yang sukar akan menjadi senang. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” |
| Selasa, 15 Februari 2011, 9.00 PM – 12.00 AM : Mesyuarat Persatuan ASPIRASI Pusat UKM. | Membincangkan ahli ASPIRASI yang akan bertanding. Meminta diri supaya hanya dijadikan calon ganti sahaja. | Permohonan saya diterima supaya menjadi calon ganti sahaja. | Kita hendaklah menyukat kemampuan kita sebaik mungkin. Jika sesuatu tanggungjawab itu tidak dapat kita pikul dengan baik maka lebih baik kita tidak menerimanya. |
| Rabu, 16 Februari 2011, 9.00 AM – 1.00 PM : Persiapan untuk Sesi Permainan bagi kuliah Pengurusan Masa. | Membincangkan permainan yang akan dijalankan apabila Sesi Permainan diadakan di kuliah Pengurusan Masa nanti. | Perbincangan lancar kerana persetujuan telah dibuat di Facebook oleh semua ahli kumpulan sebelum ini. Permainan yang dipersetujui ialah “Follow The Leader” | Teknologi sekali lagi terbukti dapat memudahkan kerja-kerja yang dilakukan jika digunakan dengan baik. |
Rumusan : Teknologi dapat menjimatkan kos, tenaga malah juga masa jika kita gunakannya dengan baik dan berhemah.
ps : all of the above information ada betul ada yang tidaknya. saja-saja kasi tambah garam gula kasi sedap cerita, hahahaha :D
No comments:
Post a Comment